GEJALA BULI

PENGENALAN

Gejala buli bermaksud tindakan mendera pelajar lain tanpa sebarang alasan yang munasabah itu. Amalan negatif ini bukan sahaja berlaku pada peringkat sekolah rendah dan menengah tetapi telah menular ke institusi pengajian tinggi negara ini. Pihak media massa terutamanya televisyen telah menyiarkan pelbagai kes buli yang berlaku terutamanya yang melibatkan kecederaan parah atau kematian sehingga masyarakat memahami betapa seriusnya gejala ini. Sebenarnya, pelbagai tindakan yang konkrit boleh dilakukan oleh pihak ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat setempat supaya buli tidak lagi berlaku.
PUNCA
Salah satu punca berlakunya kes buli dalam kalangan pelajar sekolah ialah pengaruh daripada rakan sebaya yang negatif. Gejala ini dikatakan berpunca daripada rakan sebaya kerana pada zaman ini, remaja lebih mengutamakan rakan sebaya dalam kehidupan mereka. Kebiasaannya kumpulan pelajar ini mempunyai satu kumpulan yang ditubuhkan sendiri bagi menjaga kepentingan ahli kumpulan masing-masing. Mereka bergerak dalam satu kumpulan dan melakukan apa yang dilakukan oleh ahli lain bagi mengiktiraf keahlian mereka. Sebagai contoh, kes Muhammad Afiq Qusyairi bin Baharudin seorang pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah agama di Padang Tengku,Kuala Lipis Pahang cedera selepas dibelasah oleh sekumpulan pelajar senior di sekolah tersebut. Pelajar berkenaan mengalami kecederaan yang parah dan kemungkinan akan lumpuh kerana kecederaan yang dialaminya berkait rapat dengan saraf tunjang. Ironinya, kumpulan pelajar yang membelasah Mohamad Afiq terpengaruh oleh rakan sebaya atau sekadar untuk berseronok-seronok tanpa memikirkan risiko yang bakal diterima kelak.
LANGKAH-LANGKAH
Peningkatan gejala buli tidak harus dipandang enteng oleh semua pihak apatah lagi jika membabitkan kematian. Semua pihak harus berganding bahu menggembleng tenaga dalam usaha memastikan gejala buli tidak lagi berleluasa dalam kalangan masyarakat.Peranan ibu bapa penting dalam menangani masalah buli. Hal ini demikian ibu bapa merupakan pembentuk sahsiah pelajar sejak mereka kecil lagi bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya.”Ibu bapa boleh menerapkan pendidikan agama kerana ajaran agama boleh melahirkan manusia yang bermaruah dan mengamalkan budi pekerti yang mulia.Di samping itu,ibu bapa perlu memantau pergerakan anak-anak bagi memastikan mereka tidak bergaul dengan rakan yang tidak bermoral.Sebagai contoh ibu bapa perlu berbincang dengan anak-anak tentang aktiviti yang dilakukan anak-anak di luar waktu sekolah bagi memastikan mereka tidak melakukan sebarang aktiviti yang tidak bermoral. 
KESIMPULAN
Kesimpulannya, semua inisiatif yang diutarakan tadi berupaya untuk membasmi budaya buli daripada menular dalam kalangan pelajar sekolah. Namun, ada pihak sekolah yang enggan mengakui kewujudan budaya ini di kawasan sekolah mereka lalu tidak mahu mengambil apa-apa pendekatan untuk menghapuskan. Apabila kejadian buli tidak diakui pastinya budaya ini akan membawa wujudnya pula masalah pelajar membunuh diri kerana tidak tahan dibuli sepanjang usia mereka. Peribahasa kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga menyebabkan imej sesebuah sekolah menjadi negatif kerana wujudnya segelintir pelajar mereka yang terus mengamalkan budaya buli tersebut.
SUMBER RUJUKAN
Image result for BULI

Comments