Apakah itu bunuh diri di kalangan masyarakat ?



Bunuh diri ialah perbuatan untuk menamatkan atau menghilangkan nyawa diri sendiri. Ianya boleh dilakukan dengan pelbagai cara, dengan cara fizikal luaran, dalaman atau kedua-duanya sekali.

Penyebab penamatan nyawa ini biasanya kerana enggan berhadapan dengan sesuatu perkara yang dianggap tidak dapat ditangani.

Kejadian membunuh diri ini lazimnya berlaku kepada mereka yang menghadapi tekanan sama ada dari segi mental atau fizikal terutamanya di kalangan remaja. Mereka ini akan bertindak di luar pemikiran akal yang waras. Mereka ini juga selalunya daripada individu yang bermasalah.

Bagi semua agama, membunuh diri dianggap tidak baik. Malah, menurut kitab Islam dan Kristian membunuh diri adalah satu dosa besar.

Alasan-alasan untuk membunuh diri:

  Ø Sakit yang tidak dapat dirawat selama-lamanya.
Ø Tekanan jiwa contohnya kehilangan orang yang tersayang.
Ø Jenayah bagi mengelakkan diri daripada dikenakan hukuman.
Ø Penyalahgunaan dadah.
Ø Hidup dalam persekitaran yang tidak menyenangkan diri umpamanya sering dibuli dan dianiaya.
Ø Kerugian wang seperti ketagih berjudi dan berhutang dengan ‘Ah Long’.
Ø Untuk melarikan diri daripada malu.
Ø Sikap ambil tahu yang terlalu tinggi dan ingin ‘merasai’ pengalaman membunuh diri.
Ø Kes cinta ditolak.
Ø Penyakit jiwa seperti kemurungan dan trauma terhadap sesuatu perkara.


Sebahagian kumpulan tersebut yang lebih kecil menganggap bahawa bunuh diri ialah hak peribadi yang tidak boleh dipersoalkan bagi sesiapa (termasuk juga orang-orang muda dan sihat) yang mempercayai bahawa dia telah mencapai keputusannya dengan rasional dan dengan hati nurani.

Penyokong-penyokong pandangan ini menolak kepercayaan bahawa bunuh diri selalu tidak rasional dan sebaliknya, memperdebatkan bahawa ia adalah jalan keluar yang sah, walaupun mendadak, untuk mereka yang mengalami sakit yang teruk atau trauma.

Oleh itu,masyarakat kita perlulah berwaspada dengan keadaan sekeliling mereka dan mungkin dapat membantu mengurangkan kadar kes pembunuhan diri di sekitar mereka.

Comments