SEBAB-SEBAB TIK TOK MERESAHKAN ORANG RAMAI

Tik Tok merupakan aplikasi yang secara rasminya datang dari Indonesia.Aplikasi tersebut merupakan aplikasi video yang paling popular sejak beberapa bulan yang lalu,bukan sahaja di Indonesia tetapi juga di negara-negara lain.Antara sebab utama aplikasi tersebut menjadi kegemaran ramai adalah kerana penggunaan teknologinya yang canggih serta mudah untuk digunakan.

Aplikasi Tik Tok sering mendapat perhatian ramai dengan pelbagai aksi yang melucukan dan ada juga video yang menjengkelkan sehingga dikecam.Pengguna Tik Tok boleh dikatakan terdiri daripada semua peringkat umur,seperti kanak-kanak remaja dan golongan yang berusia.Namun begitu,setujukah anda jika dikatakan bahawa penggunaan teknologi membawa pengaruh yang besar dalam kehidupan manusia ?


TERDAPAT BEBERAPA SEBAB UTAMA APLIKASI INI MULA MENIMBULKAN RASA BIMBANG DALAM MASYARAKAT :



1.KETAGIHAN PENGGUNAAN GAJET
Apabila terlalu seronok bermain Tik Tok,ia boleh menyebabkan anda menjadi seseorang yang ketagih dengan gajet .Ketagihan penggunaan gajet boleh menyebabkan anda banyak menghabiskan masa dengan gajet sehingga tidak mempedulikan keadaan sekeliling ,kurang melakukan aktiviti luar dan leka dengan dunia maya.Keadaan ini boleh mengakibatkan masalah psikologi sekaligus masalah kesihatan dalam diri anda.



2.
MENGHILANGKAN RASA KEMALUAN DAN NILAI KEMANUSIAAN
Malu sangat berharga di sisi Tuhan kerana mahal harganya dan susah untuk merealisasikan sifat malu dalam diri sendiri terutamanya wanita.Dengan adanya aplikasi ini,golongan wanita,tidak kiralah remaja ataupun yang berusia dilihat sudah hilang perasaan malu dalam diri  apabila ,dilihat terkinja-kinja melalui video Tik Tok.Mereka sanggup mempamerkan aurat dan melanggar hukum agama bagi mendapatkan jumlah like yang banyak.Tik Tok seorang wanita yang sedang rakam video di depan jenazah juga telah tular baru-baru ini dan menunjukkan hilangnya kemanusiaan dalam diri.

3.BOLEH MENINGKATKAN KES PEDOFILIA
Pedofilia adalah satu orientasi seksual dimana seorang itu mempunyai nafsu seksual terhadap kanak-kanak di bawah umur 13 tahun.Jika anda sedar ,banyak video Tik Tok  di luar sana yang memaparkan kecomelan dan gelagat comel anak-anak kecil.Selain itu,ramai ibu bapa merakam dan memuat naik video anak mereka di media sosial,seterusnya ditontoni oleh semua orang tidak kiralah kenalan mereka ataupun tidak. Oleh, itu ambil perhatian sekiranya anda atau kenalan merupakan penggemar aplikasi ini .Kadang-kala ,kita tidak pernah memikirkan apakah kesan sesuatu perkara itu sehinggalah terjadinya sesuatu yang buruk.Walau bagaimanapun,tidak salah sekiranya anda ingin menggunakan aplikasi ini dalam kehidupan ,namun berpada-padalah untuk mengelakkan sebarang perkara yang tak diingini daripada berlaku.

Kesimpulannya ,tiada penyakit yang tiada ubatnya,dan tiada racun yang tiada penawarnya.Maka,anda serta pelbagai pihak perlu menyumbang tenaga untuk mengatasi masalah tersebut supaya dapat menjamin kehidupan masyarakat  pada masa hadapan. Sebelum nasi menjadi bubur,masyarakat perlu memandang serius tentang fenomena TIK TOK!


Comments